Resepi Puri Kentang Manis

Hidangan ini mungkin nampak ringkas bagi anda. Sungguhpun begitu, puri kentang manis ini sebenarnya penuh dengan vitamin C. Sesuai untuk memperkenalkan makanan pejal kepada si comel anda.

Bahan-bahan

  • 1 biji kentang manis
  • Air mendidih yang sejuk atau susu bayi anda yang biasa

Cara Penyediaan

  1. Kupas kentang manis dan potong kepada bentuk kiub.
  2. Masukkan ke dalam periuk dan isi air hingga terendam. Tutup periuk dengan tudung dan reneh selama 15 hingga 20 minit sehingga ianya lembut.
  3. Buang air rebusan dan kisar kentang manis tersebut. Tambahkan sedikit susu atau air mendidih yang sejuk tadi untuk sedikit mencairkan puri mengikut kepekatan yang anda mahu.

Tips Tambahan

Resepi ini sesuai untuk vegetarian dan vegan.

Tidak mengandungi susu lembu (jika anda gunakan air ataupun susu badan), telur, soya, gluten dan juga kacang.

Add Comment