Resepi Puri Lobak Merah, Parsnip & Kentang Berkeju

Kali ini, kami akan berkongsi satu cara yang menyelerakan untuk menghidangkan gabungan 3 jenis sayuran akar, ditambah pula dengan keju untuk protein.

Bahan-bahan

  • 2 biji lobak merah besar
  • 1 ubi parsnip sederhana besar
  • 1 biji kentang sederhana besar
  • 25g keju cheddar, diparut

Cara Penyediaan

  1. Kupas dan potong semua bahan yang dipilih.
  2. Masukkan ke dalam periuk dan isikan air sehingga terendam. Masak sehingga mendidih dan reneh selama lebih kurang 20 minit atau sehingga semua sayuran tadi lembut.
  3. Buang air rebusan  daripada sayuran dan simpan sedikit rebusan.
  4. Masukkan keju bersama dengan semua bahan dan kisar sehingga halus. Anda boleh tambahkan 2 sudu besar air rebusan tadi untuk mencairkannya sedikit.

Add Comment