Resepi Puri Squash Butternut & Aprikot

Resepi puri yang mengujakan deria rasa lidah bayi anda ini sesuai untuk bayi berusia 4 bulan dan ke atas.

Bahan-bahan

  • 200g squash butternut
  • 50g aprikot kering

Cara Penyediaan

  1. Kupas dan potong squash butternut. Masukkanya ke dalam periuk. Isi air didihan sehingga terendam dan panaskan dengan api sederhana selama lebih kurang 15 minit sehingga ianya lembut.
  2. Potong aprikot secara kecil.
  3. Buang air rebusan squash butternut dan masukkan aprikot. Kisar semuanya sehingga kepekatan yang anda mahu.

Tips Tambahan

Untuk membuatkan puri lebih cair, tambahkan sedikit air didihan yang sejuk, susu bada yang diperah ataupun susu formula.

Add Comment