Resepi Puri Beri

Anda bebas untuk menggunakan blueberry, raspberry dan strawberry segar ataupun yang disejuk-bekukan bagi hidangan buahan lazat ini. Sesuai untuk bayi dari usia 4 bulan ke atas.

Bahan-bahan

  • 100g buah blueberry (segar atau disejuk-bekukan)
  • 100g strawberry (segar atau disejuk-bekukan)
  • 100g raspberry (segar atau disejuk-bekukan)

Cara Penyediaan

  1. Sediakan semua buahan yang dipilih. Basuh dan buang semua batang daripada beri segar, buang jus daripada buah beri yang ditinkan dan nyahbekukan beri mengikut arahan pada paket pembukusannya.
  2. Campurkan semua beri tadi dan kisar sehingga kepekatan yang anda mahukan.
  3. Tapis beri yang dikisar tadi dengan pengayak halus menggunakan sudu kayu jika anda mahu mengeluarkan biji-biji benih yang kecil.

Tips Tambahan

Jika anda menggunakan beri yang dinyahbekukan, jangan sejuk-bekukan lagi puri yang disediakan.

Jika anda menggunakan beri yang ditinkan, pilih beri yang ditinkan dengan jus berbanding dengan sirap.

Add Comment