Resepi Puri Buah Pir & Nasi

Untuk resepi kali ini, anda boleh tambahkan baby rice ke dalam buah pir untuk menghasilkan puri yang berkhasiat. Sesuai untuk memperkenalkan makanan pejal bagi bercerai susu badan.

Bahan-bahan

  • 100g buah pir
  • 1 sudu besar baby rice

Cara Penyediaan

  1. Kupas dan buang bahagian tengah buah pir sebanyak 8 hingga 10 biji. Potong buah pir kepada bentuk kiub bersaiz 2cm.
  2. Masukkan ke dalam periuk dan isi dengan air didihan sehingga terendam. Panaskan sehingga mendidih kemudian kecilkan api dan reneh selama lebih kurang 5 minit sehingga ianya lembut.
  3. Buang air rebusan dan kisar menjadi puri mengikut kepekatan yang anda mahukan, sambil memasukkan baby rice untuk dikacau bersama.

Tips Tambahan

Hidangan ini lebih enak jika digabungkan bersama puri lain seperti puri kentang manis atau puri squash butternut serta dicampur dengan yogurt untuk menjadikannya puding buahan.

Anda juga boleh memasukkanya ke dalam bijirin untuk memaksimakan pengambilan buahan anak anda.

Add Comment